Monday, November 14, 2011

Maklumat Dari UTMSPACE



Sebagaimana anda sedia maklum, pelajar UTM diwajibkan untuk mengikuti kursus 4 modul Professional Skill Certificates anjuran UTMSPACE. Di awal semester, UTM akan mewajibkan anda membayar RM200.00 untuk 4 modul ini. 

Salah satu di antara 4 modul itu ialah OSHE (Occupational Safety, Health and Environment) dengan bayaran wajib RM50.00

UTM telah memberi kelonggaran di mana Kad Hijau boleh mengantikan OSHE. Bermakna, mereka yang telah mengikuti kursus Kad Hijau tidak perlu mengikuti OSHE. Malah, mereka boleh menuntut semula RM50 yang telah dibayar untuk kursus OSHE. Berikut maklumat dari UTMSPACE


Bagi anda yang membuat tuntutan RM50. Sila isi borang pemulangan yuran kursus yang boleh didapati diportal kami(e-document) untuk diproses ke bendahari. Bagi yang telah menghantar salinan kad pengenalan, kad hijau (GREEN CARD CIDB), dan kad matrik bagi bukti pengambilan OSHE turut dikehendaki mengisi borang tersebut dan dihantar ke kaunter UTMSPACE (jumpa dengan Cik Nur Husna binti Zulkepli) bagi mendapatkan tandatangan dan cop untuk pengesahan.

Lihat juga FEE REFUND  dan   Borang Tuntutan

Untuk membuat tuntutan, ikuti langkah berikut:
  • Print dan Isi   Borang Tuntutan
  • Bawa IC dan salinan IC
  • Bawa Kad Hijau dan salinan Kad Hijau
  • Bawa Kad Matrik dan Salinan Kad Matrik
  • Pergi ke Pejabat UTMSPACE di Taman Universiti dan serahkan 4 perkara di atas

PENTING
Jika Kad Hijau lewat siap, anda boleh menggunakan Surat Pengesahan Hadir Kursus. Surat boleh diperolehi dari saya.

Safety Trainer
10 Sept 204





1 comment:

  1. en, group 359 agak2 dpt bila ye?final year nk dekat..takut2 dah hbs beljar nt green kad x dpt...

    ReplyDelete