Thursday, September 5, 2013

Selamat Kembali ke UTM

Saya mengucapkan selamat kembali semula ke UTM kepada semua pelajar senior. Semoga semester baru ini akan menambahkan lagi semangat anda untuk memburu cita-cita murni menjadi seorang ahli professional. Bagi pelajar-pelajar baru, selamat mejalani pengajian di UTM.

Sebagai mana sebelum ini, ramai di kalangan anda akan melalui tugasan subjek atau mengikuti latihan industri. Aspek keselamatan tentunya wajib difahami. Maka kursus Keselamatan dan Kesihatan amat diperlukan.

Program Kad Hijau CIDB adalah antara kaedah yang ada di UTM untuk anda mendapat ilmu Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja. Seperti tahun-tahun lepas, permintaan yang tinggi dari kalangan pelajar UTM terhadap kursus ini menjadikan penjadualan kursus yang ketat.

Saya mencadangkan anda membuat permohonan awal bagi mengelakkan kesesakan permintaan di saat-saat akhir.

FAQ disediakan untuk anda memahami lebih lanjut tentang Kad Hijau CIDB.

Ahmadon Bakri
Safety Trainer 
FKA UTM

No comments:

Post a Comment