Monday, September 7, 2015

Selamat Kembali Ke UTM


Selamat kembali ke UTM diucapkan kepada semua pelajar. 

Selamat datang juga kepada pelajar baru yang memulakan semester 1 Sesi 2015/2016. 

Seperti biasa kebanyakan pelajar UTM akan mengikuti latihan industri dan lawatan tapak untuk tujuan akademik atau pengumpulan data. Pastikan anda memiliki Kad Hijau. Ia adalah passport memasuki tapak binaan. Tanpa Kad Hijau anda dikira bersalah jika berada ditapak binaan. 

Kad Hijau boleh dimiliki dengan cara berikut:

  1. Buat permohonan online di menu Mohon Kad Hijau
  2. Kemudian anda akan dikehendaki mengikuti kursus Kad Hijau. Tarikah kursus anda boleh disemak di menu Rekod Mohon. 

Bayaran sebanyak RM55 dikenakan iaitu RM50 untuk bayaran ke CIDB dan RM5 untuk urusan Kad Hijau. Bayaran hanya dibuat semasa kursus.

Kad Hijau akan diperolehi kira-kira 2 minggu selepas kursus. 

Mohonlah awal untukmengelakkan kesesakan permohonan di saat-saat akhir. 

Safety Trainer 
7 Sept 2015

No comments:

Post a Comment