Monday, February 29, 2016

PENGUMUMAN PENTING

Assalamualaikum

Kepada semua pelajar UTM.

Mulai Februari 2016, pihak CIDB telah mengenakan syarat tambahan kepada pelajar yang ingin membuat Kad Hijau CIDB.

Pelajar dikehendaki menyertakan surat pengesahan dari pejabat fakulti yang memperakukan  pelajar akan mengikuti Latihan Industri dalam bidang pembinaan.

Oleh itu:
  1. Sila dapatkan surat pengesahan dari fakulti anda. Sila klik di sini untuk contoh surat.

  2. Jika sebelum ini anda telah mendaftar online, sila emailkan surat berkenaan ke kadhijau@gmail.com

  3. Jika anda belum mendaftar online sila sertakan surat semasa mendaftar

  4. Hanya pelajar yang mempunyai surat pengesahan fakulti akan diteruskan pendaftaran kad ke CIDB

  5. Pelajar boleh membuat permohonan secara berkumpulan mengikut fakulti dan satu surat berserta lampiran senarai pelajar dikira sudah memadai. Untuk ini anda perlu menghubungi saya untuk maklumat lanjut.
Safety Trainer
29 Feb 2016

1 comment: