Kelebihan KH


Selain manfaat umum seperti disenaraikan di bawah, pelajar UTM akan mendapat manfaat tambahan seperti berikut:

  • UTMSPACE telah bersetuju bahwa semua pelajar yang mengikuti Kursus Kad Hijau tidak perlu megikuti kursus OSHA.
  • Pelajar yang memiliki Kad Hijau juga boleh menuntut semula bayaran RM 50 dari pihak UTMSPACE dengan menunjukkan Kad Hijau anda.
  • UTMSPACE juga bersetuju supaya pelajar UTM yang memerlukan Kad Hijau dikehendaki memohon Kursus Kad Hijau dan bukan OSHA.

MANFAAT UMUM
Semua pemegang kad hijau akan mendapat manfaat antaranya seperti berikut: 
  1. Perlindungan Takaful selama tempoh kad hijau hidup, pada bila-bila masa di mana jua kita berada. Untuk bayaran RM 50.00, kad hijau akan hidup selama 2 tahun. Ini bermakna CIDB memberikan perlindungan takaful kepada anda dengan bayaran hanya RM 25.00 setahun!!
  2. Perlindungan Takaful adalah untuk tempoh 24 jam sehari. Bermakna, perlindungan bukan hanya pada waktu bekerja tetapi juga di luar waktu bekerja.
  3. Perlindungan Takaful bukan sahaja di Malaysia malah di mana-mana tempat di seluruh dunia. Contoh: Jika anda sebagai pemegang kad hijau CIDB, mengalami kemalangan maut ketika melancung di Australia, CIDB akan membayar pampasan kepada waris anda sebanyak RM 21,000.00.
  4. Pemegang kad hijau juga akan menikmati potongan yuran sehingga 50% kepada kursus-kursus tertentu anjuran CIDB.
  5. Pemegang kad hijau rakyat Malaysia, layak untuk mengikuti kursus percuma anjuran Akademi Binaan Malaysia.
  6. Mendapat pengetahuan Safety and Health kerana anda akan menghadiri kursus percuma anjuran CIDB.
Semoga membantu
Safety Trainer
07 Oktober 2011