Kad Hijau (KH)


Cara memohon          Kenapa Pelajar Perlu Kad Hijau?           Pelajar UTM 

Bila Kursus Kad Hijau?            Takaful Kad Hijau         Cara Tuntut RM50 

Kelebihan Kad Hijau         FAQ



Kad Hijau CIDB (Construction Industry Development Board) adalah kad berwarna hijau dikeluarkan oleh CIDB (Construction Industry Development Board). Ia adalah satu-satunya Safety Passport yang rasmi dan diterima pakai oleh pihak Industri.

Untuk memiliki kad hijau seseorang diwajibkan mengikuti safety and health training selama sehari. Ia memberi peluang yang baik kepada peserta mendapat pengetahuan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Di UTM, mereka yang melalui kursus Kad Hijau layak mendapat pengecualian dari mengikuti kursus wajib Occupational Safety, Health and Environment  (OSHE) di bawah program Professional Skill Certificate anjuran UTMSPACE. Anda juga boleh menuntut semula bayaran awal semester RM50 yang anda telah buat.


CIDB telah melaksanakan peraturan supaya semua yang terlibat dengan tapak binaan mesti memiliki Kad Hijau CIDB. Jika terdapat individu yang tidak memiliki kad hijau dan berada di tapak binaan, maka dikira bersalah dan boleh dikenakan tindakan oleh CIDB. Denda maksima RM5,000.



Untuk memiliki kad hijau, seseorang perlu Mohon KH secara online kepada Safety Trainer.  Pemohon akan diberikan tarikh kursus dan boleh disemak di Cari Nama Anda.  



Setiap kursus hanya dihadkan kepada 40 orang peserta.

Semua pemegang Kad Hijau juga mendapat perlindungan Skim Perlindungan Takaful selama tempoh Kad Hijau itu masih sah.


Safety Trainer

13 Sept 2018

4 comments:

  1. sir blh nda sya di daerah manado bisa ikut kursu jarak jau tpi mengunakan modul bisa nda

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan. Jika saya seorang penganggur tetapi ingin menceburkan diri dalam bidang construction, bolehkah saya mendapatkan kad hijau CIDB sebelum mula bekerja?

    ReplyDelete
  3. aslmkum. sy pljr diploma kejuruteraan awam semester 3. salah satu tugasan kursus adalah menjlnkn on-site case study di tapak pembinaan selama bbrp hari. boleh ke sy dftr dgn cidb utk dptkn kad hijau? lagi satu sy akn mnjalani latihan industri pd semester 6. bila paling cepat sy boleh mohon kad hijau?

    ReplyDelete
  4. Boleh pelajar bioscience guna green card ini untuk laboratory safety ?

    ReplyDelete